gmbr 1

create your own banner at mybannermaker.com!

Friday, March 18, 2011

Ayat tergantung

Ayat tergantung berlaku apabila sesuatu ayat itu mungkin tidak ada subjek ataupun predikat. Ayat yang bermakna apabila kita memahami ayat tersebut. Oleh itu, untuk menjadi ayat yang sempurna, ayat tersebut mestilah mempunyai sunjek dan predikat.

Situasi ini berlaku semasa saya menanyakan rakan saya dengan soalan seperti:-
Dia yang datang semalam?

Contoh di atas merupakan contoh kesalahan umum tentang ujaran yang tidak ada predikatnya menyebabkan ayatnya tergantung.

Soalan yang betul ialah:-
Diakah yang datang semalam?

Kesalahan penggunaan kata kerja tak transitif ber....kan

Frasa kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat ayat tanpa objek atau sekumpulan kata yang mempunyai kata kerja tak transitif sebagai kata kerja utamanya.

Kata kerja berapitan ber....kan tidak boleh diikuti atau disertai kata sendi kerana akhiran kan pada apitan ber....kan itu berasal daripada kata sendi akan yang dapat mewakili kata sendi dengan atau pada atau tentang.

Kesalahan penggunaan kata kerja tak transitif ber...kan dapat dilihat dalam ayat di bawah:-
1) berdasarkan pada keterangan ini.
2) bertanyakan tentang khabar.

Kesalahan ini dapat dilihat apabila kata kerja berapitan ber...kan telah diikuti dengan kata sendi pada dalam ayat pertama manakala dalam ayat kedua telah diikuti dengan kata sendi tentang.
 Pada hari ini, kita juga dapat melihat ramai masyarakat sekarang masih lagi salah dalam menggunkan kata kerja tak transitif ber...kan ini.

Berasal dari kata sama berbeza makna

Pedalaman dan Pendalaman

Kedua-dua kata ini berasal dari kata yang sama iaitu dalam tetapi berbeza maknanya.

Hal ini demikian kerana, kata pedalaman bererti kawasan yang terpencil atau daerah yang jauh dari kawasan perhubungan dan kemudahan manakala pendalaman pula bererti usaha mendalami atau mendalamkan.
Kesalahan penggunaan kata pedalaman telah digunakan apabila rakanku telah menggunakan kata pendalaman untuk merujuk kepada kawasan terpencil.

Hal ini dapat dilihat dalam ayat di bawah:-
"Jauhnya. Kawasan pendalaman tu. Takut aku".

ayat yang betul ialah:-
"Jauhnya. Kawasan pedalaman tu. Takut aku"

Kesalahan penggunaan kata nafi bukan

Situasi ini berlaku semasa aku telah pergi ke rumah rakanku Eju. Pada masa itu, Eju sedang menaip surat untuk dihantarkan kepada Rumah Perlindungan Pernim di Cheras. Aku telah menyapa Eju:-

Aku : "Ju, sedang buat apa? tulis surat ke?".
Ju : "Aku bukan menulis surat la, tapi menaip". 

Dalam dialog di atas, penggunaan kata nafi bukan telah salah digunakan. Hal ini demikian kerana, kata nafi bukan tidak boleh digunakan apabila frasa adjektif atau frasa kerja menjadi predikat ayat. sepatutnya, kata nafi tidak mestilah digunakan dalam dialog tersebut kerana kata nafi tidak digunakan apabila frasa kerja menjadi predikat ayat.

Dialog yang betul ialah:-
Aku : "Ju sedang buat apa? tulis surat ke?".
Ju : "Aku tidak menulis surat la, tapi menaip".

Banyak atau ramai

Selain daripada kekeliruan dalam menggunakan kata adakah dan apakah, masyarakat sekarang juga terkeliru dengan penggunaan kata banyak dan ramai.

Situasi ini berlaku semasa majlis perkahwinan rakanku. Aku dan beberpa rakanku telah menghadiri majlis tersebut. Apabila sampai, kami sungguh terkejut kerana banyak orang datang untuk memeriahkan majlis tersebut.
Ini adalah beberapa dialog yang diujarkan olehku dan rakan-rakanku.
A: "Ramainyo ore. sege plok aku nak masuk".
B: "Sege gapo nyo. Nikoh saie kito jugak. Mesti la ramai. Mu ni gak".
c: "Tak dok, tak dok. Jom masuk g jupo.

Penggunaan kata ramai oleh A dan B dalam ayat di atas adalah salah kerana kata ramai mempunyai hubungan dengan keadaan ataupun suasana. Penggunaan ramai salah kerana A dan B telah merujuk kepada orang bukannya keadaan ataupun suasana.

Oleh sebab itu, penggunaan perkataan banyak lebih sesuai kerana banyak merujuk kepada hubungan dengan jumlah atau bilangan samada manusia, binatang atau benda.

penggunaan kata yang tidak tepat

Dalam bahasa Melayu ada beberapa kata yang seakan sama ejaanya tetapi berlainan maknanya. Oleh sebab itu dalam kalangan masyarakat ada yang mengagak-agak ketika menggunakan sesuatu kata tanpa merujuk kepada kamus. Hal ini menyebabkan berlakunya kesalahan dalam penggunaan kata yang tidak tepat ini.

Yang berikut adalah kata yang sering digunakan salah dalam sesuatu ayat.

Adakah dan Apakah

Kata adakah digunakan untuk mendapatkan jawapan ya atau tidak manakala kata apakah digunakan untuk mendapatkan jawapan tentang nama binatang, benda, keterangan tentang sesuatu dan menanyakan sesuatu yang tidak khusus. Kesalahan dalam penggunaan kata berlaku apabila kata apakah digunakan pada tempat adakah.

Hal ini dapat dilihat dalam contoh ayat di bawah:-
a)  Apakah benar ceritamu itu?
b) Apakah Ali datang semalam?
c) Apakah kamu bermimpi?

Pengunaan apakah dalam ayat di atas salah kerana dalam ayat di atas penyataannya adalah untuk mendapatkan jawapan ya atau tidak. Oleh sebab itu, kata adakah sebenarnya sesuai untuk menanyakan soalah di atas.

Oleh yang demikian, pertanyaan yang betul ialah:-
a) Adakah benar ceritamu inu?
b) Adakah Ali datang semalam?
c) Adakah kamu bermimpi?

Kesalahan penggunaan kata jamak

Situasi ini berlaku semasa saya menjalankan pengajaran Makro di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa. Hari itu merupakan hari ahad. Kami telah pergi awal kerana subjek yang akan saya ajar adalah selepas perhimpunan. Walaupun kami tidak mengikuti secara lansung perhimpunan tersebut, namun kami dapat mendengar dengan jelas apa yang diperkatakan oleh salah seorang guru di sekolah tersebut.

Guru tersebut telah menggunakan kata jamak yang salah apabila beliau menggunakan kata jamak para-para pelajar untuk menrujuk kepada pelajar-pelajarnya. Penggunaan kata jamak para-para salah kerana para merujuk kepada maksud majmuk. Oleh itu ia tidak boleh digandakan.

Penggunaan kata jamak yang sesuai untuk merujuk kepada pelajar yang ramai ialah para pelajar ataupun pelajar-pelajar.

Kesalahan penggunaan kata tanya

Situasi ini berlaku semasa saya dan rakan-rakan telah mengikuti satu program iaitu program Celik Minda. Dalam program tersebut, terdapat pelbagai kaum yang mengikuti program tersebut. Antaranya ialah kaum Melayu, India dan Cina.Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Dalam kumpulan kami ada dua orang pelajar berbangsa Cina. Semasa sesi berkenalan, pelajar Cina telah telah menanyakan nama rakan saya. Namun begitu, dia telah menggunakan kata tanya yang salah.

Hal ini dapat dilihat dalam ayat tanya di bawah:-
"Apa nama awak?"

Penggunaan kata tanya ini salah kerana kata tanya apa hanya digunakan untuk menanyakan nama benda dan binatang.
Jika kita ingin mengetahui nama seseorang, kita mestilah menggunakan kata tanya siapa kerana kata tanya siapa hanya digunakan untuk menanyakan nama orang atau manusia.

Oleh sebab itu, untuk menanyakan nama orang, kita mestilah menggunakan kata tanya siapa.

Kesalahan penggunan kata bilangan-berbagai-bagai

Penggunaan kata bilangan berbagai masih kerap digunakan dalam kalangan masyarakat kita. Hal ini demikan kerana, mereka tidak dapat membezakan antara pelbagai dan berbagai. Jika kita menggunakan berbagai, ia akan dianggap salah kerana yang betul adalah berbagai-bagai.

Kesalahan penggunaan kata bilangan ini dapat dilihat dalam contoh ayat di bawah:-
Sekolah itu telah menjalankan berbagai aktiviti semasa "Minggu Penyayang"
Penggunaan kata bilangan berbagai dalam ayat tersebuat salah dan yang sebetulnya adalah berbagai-bagai ataupun pelbagai.

Oleh sebab itu ayat yang betul ialah:-
Sekolah itu telah menjalankan berbagai-bagai atau pelbagai aktiviti semasa "Minggu Penyayang".

Makna yang sama

Situasi ini berlaku berdekatan dengan mesin ATM di Kolej Harun Aminurrashid. Pada masa itu, aku telah terserempak dengan Rayumi yang sedang menunggu Diana untuk mengambil duit di mesin ATM tersebut.

Ini adalah dialog di antara aku dan Rayumi.
Aku : "nak g mano Yumi? acu try oyak gak..."
Rayumi : "pergi nak hantar borang kolej ni".

Terdapat penggunaan makna yang sama yang telah digunakan bersama-sama dalam satu ayat iaitu acu, try, oyak yang membawa maksud yang sama iaitu cuba dalam bahasa baku. "acu" dan "oyak" merupakan bahasa dialek Kelantan, manakala perkataan "try" merupakan perkataan dari bahasa Inggeris. Selain itu, ayat "pergi nak hantar borang kolej" juga adalah salah. Sepatutnya ialah "nak pergi hantar borang kolej".

Thursday, March 17, 2011

kesalahan penggunaan kata sendi dari-daripada

Penggunaan kata sendi dari dan daripada selalu salah digunakan. Hal ini demikian kerana kita terkeliru dengan penggunaan kedua-dua kata sendi nama tersebuat.

Hal ini dapat dilihat dalam contoh ayat di bawah.
Ayat 1 : Umar telah berpindah daripada sekolah ini bulan lalu.
Ayat 2 : Tilam itu dibuat dari getah asli.

Dalam kedua-dua contoh ayat di atas, penggunaan kata sendi nama dari dan daripada telah salah digunakan. Hal ini demikian kerana, kata sendi nama dari digunakan untuk menyatakan arah, tempat atau waktu manakala penggunaan kata sendi nama daripada pula digunakan untuk menjelaskan manusia, haiwan dan benda.

Berdasarkan contoh pada ayat 1, kesalahan telah berlaku dalam ayat tersebut kerana telah menggunakan kata sendi nama daripada untuk merujuk kepada sekolah. Sepatutnya penggunaan kata sendi nama dari mestilah digunakan untuk merujuk kepada sekolah.

Selain itu, dalam contoh ayat 2 juga telah mengalami kesalahan penggunaan kata sendi nama dari untuk merujuk kepada getah asli. Getah asli merupakan benda. Oleh sebab itu, penggunaan kata sendi nama daripada mestilah digunakan.

Kesalahan penggunaan kata sendi - di

Situasi ini berlaku semasa saya ingin membeli tiket untuk pulang ke Kelantan. Apabila sampai di sana, saya telah terbaca satu notis yang menggunakan kesalahan pada kata sendi nama di.

Hal ini dapat dilihat dalam notis tersebut yang menyatakan bahawa, perhentian bas ini telah ditempatkan semula disebelah gudang 8, 150 meter dari sini.

Dalam ayat tersebut, penggunaan kata sendi nama di telah salah digunakan kerana kata sendi nama di ini tidak dieja terpisah daripada kata yang mengikutinya. . Hal ini demikian kerana kata sendi nama di mestilah ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Selain itu, kata sendi nama di ini digunakan hanya di bahagian hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.

Sepatutnya, pengguaan kata sendi nama di yang betul dalam notis tersebut ialah perhentian bas ini telah ditempatkan semula di sebelah gudang 8, 150 meter dari sini.

Oleh sebeb itu, apabila menggunakan kata sendi nama di, ia mestilah dieja secara terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.

Istilah yang tidak tepat - cumbu

Istilah cumbu yang merujuk kepada cium atau kucup merupakan istilah yang salah. Namun begitu, pada masa kini, ramai orang telah menggunakan istilah cumbu untuk menggantikan istilah cium atau kucup.

Sebenarnya maksud sebenar cumbu adalah pujukan ataupun kata-kata manis yang digunakan sewaktu memujuk, berkasih-kasihan dan sebagainya.


Secara ringkasnya, istilah cumbu bukan bermaksud cium. Ramai orang sering salah menggunakan istilah cumbu dengan menyamakannya dengan istilah cium. Hal ini perlu diatasi dengan segera agar penggunaan istilah yang tidak tepat dalam penggunaan bahasa Melayu dapat di kurangkan.

Istilah yang tidak tepat - bahana

Ada banyak istilah yang tidak tepat telah digunakan dalam media massa seperti dalam berita di televisyen, berita radio, akhbar cetak, dan akhbar atas talian.
Istilah yang tidak tepat ini telah dapat saya kenal pasti di berita radio. Dalam radio tersebut, penyampai berita telah menggunakan perkataan bahana untuk merujuk kepada bala atau bencana alam. 


Bahana sebenarnya bukan bermaksud bala atau bencana.  Maksud sebenar bahana ialah  bunyi kuat.
Oleh sebab itu, istilah bahana tidak sesuai untuk merujuk kepada bala atau bancana alam.

Kesalahan penggunaan kata adjektif dan imbuhan "ter" tambah penguat

Imbuhan "ter" yang mengikuti kata adjektif tidak boleh diikuti dengan kata penguat di belakangnya. Hal ini demikian kerana, jika  kata penguat diikuti dibelakang akan dianggap lewah kerana imbuhan "ter" diikuti kata adjektif telah menunjukkan penegasan dalam sesuatu ayat.

Situasi ini telah berlaku semasa adanya aktiviti merentas desa yang telah saya ikuti dalam pasukan Palapes. Aktiviti merentas desa itu bermula dari Kampung Kelawar sehingga ke UPSI. Salah seorang rakan saya telah melakukan kesalahan dalam penggunaan ayat yang mengandungi kata adjektif dan imbuhan "ter" diikuti dengan kata penguat.

Hal ini dapat dilihat dalam ayat di bawah:
"kita mesti mengalahkan Dijah kerana dia merupakan peserta termuda sekali dalam skuad kita. Malu kalau kita kalah". Namun begitu, jika dilihat adat permainan kalah dan menang adalah perkara normal.

Kesalahan ini dapat dilihat dalam ayat di atas, apabila termuda sekali telah digunakan. Sepatutnya, kata penguat sekali tidak boleh digunakan dalam ayat tersebut.
Ayat yang betul adalah peserta termuda.

Kesalahan penggunaan kata ganti diri - mereka

Situasi ini telah berlaku semasa Diskusi Ilmiah : Kelansungan Tatabahasa Dewan Dahulu dan Kini yang telah diadakan di Auditorium UPSI.
Penggunaan kata ganti diri yang salah ini telah digunakan oleh Moderator apabila telah menggunakan kata ganti diri mereka terhadap tokoh bahasa iaitu Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim, Puan Norliza Jamaludin yang merupakan seorang pensyarah dan seorang wakil daripada DBP. Medoretor tersebut telah menggunakan kata ganti diri mereka untuk merujuk kepada ketiga-tiga pembentang tersebut.

Hal ini tidak sesuai kerana, ketiga-tiga pembentang tersebut merupakan orang yang terpelajar  dan dihormati.  Salah seorang daripadanya merupakan tokoh bahasa. Oleh sebab itu kata ganti diri yang sesuai digunakan adalah beliau. Hal ini demikain kerana kata ganti nama diri beliau mestilah digunakan untuk orang yang kita hormati.

Kesalahan penggunaan kata ganti diri

Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang. Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk haiwan atau binatang dan benda.

Situasi penggunaaan kata ganti diri yang salah telah digunakan kepada binatang iaitu kucing. Hal ini telah berlaku semasa saya dan rakan-rakan dalam perjalanan pergi ke pusat membeli belah di Kota Bharu. Semasa dalam perjalanan, tiba-tiba seekor kucing telah melintas di hadapan kereta yang kami naiki. Rakan saya tidak sempat untuk membrek menyebabkan kami telah terlanggar kucing tersebut. Kami semua terkejut.
Penggunaan kata ganti diri yang salah telah digunakan oleh rakan saya. Hal ini dapat dilihat dalam ayat di bawah apabila rakan saya telah menggunakan kata ganti diri dia kepada kucing tersebut..

"kita dah langgar kucing tu, kesiannya kat dia".

Penggunaan kata gandi diri dia telah digunakan untuk menggantikan nama kepada kucing tersebut. Hal ini tidak sesuai kerana, haiwan atau binatang tidak boleh menggunakan kata ganti diri dia. Kata ganti diri dia hanya boleh digunakan untuk manusia iaitu umtuk menggantikan kata nama orang.

Tuesday, March 15, 2011

Kesalahan Penggunaan Kata Penguat

"paling dan sekali"

Kata penguat juga sering digunakan secara berlebih-lebihan. Hal ini dapat dilihat di akhbar-akhbar, majalah-majalah dan sebagainya. Dalam percakapan pun, kesalahan penggunaan kata penguat sering kali berlaku. Dalam akhbar, saya pernah terjumpa ayat yang menggunakan kata penguat yang hadir secara serentak dalam binaan ayat.
Contoh ayat : Bangunan Berkembar Petronas merupakan bangunan yang tertingi sekali di malaysia.

Penggunaan perkatan tertinggi dan paling tidak sesuai digunakan kerana kedua-duanya merupakan kata penguat. Jika kata penguat dalam hadir secara serentak dalam binaan ayat, ia bukan sahaja menjadi satu kesalahan tatabahasa tetapi juga akan dikelaskan sebagai kelewahan.

Kelewahan Dalam Ayat

Definisi leweh dalam Kamus Dewan sebagai "berlebih-lebihan sehingga tertambah perkara, hal dan sebagainya dan septutnya tidak perlu".

Situasi inu berlaku semasa aku dan rakan-rakanku pergi ke ICT. Apabila sampai ke tempat yang dituju salah seorang rakanku dengan terujanya memaklumkan kepada kami semua dengan menggunakan ayat " kita telah sampai ke destinasi yang dituju tepat jam 11 malam". Aku terus menjawab "leweh la kau ni".

hal ini demikian kerana, dalam ayat tersebut, kata "destinasi" membawa pengertian tempat yang dituju. Oleh sebab itu, frasa "destinasi yang dituju" ternyata tidak tepat dan dianggap leweh.

Monday, March 14, 2011

Kesalahan Penggunaan Kata Pemeri

Situasi ini berlaku semasa saya melihat semula buku-buku latihan saya semasa tingkatan enam dahulu. Dalam buku tersebut banyak penggunaan ayat pemeri telah salah digunakan.

Contoh ayatnya seperti:
1) bungkusan itu ialah untuk anak-anak yatim.
2) peristiwa yang berlaku semalam ialah benar.

Kesalahan penggunaan ayat pemeri di atas adalah ialah.Hal ini demikian kerana, kata pemeri ialah seharusnya digunakan apabila predikatnya terdiri daripada kata nama. Namun begitu, dalam ayat di atas, kata pemeri ialah telah digunakan apabila predikatnya adalah frasa sendi nama. Sebelum penggunaan predikat frasa sendi nama, kata pemeri adalah seharusnya hadir di hadapan kata sendi nama.

Penggunaan ayat yang betul adalah:
1) bungkusan itu adalah untuk anak-anak yatim.
2) peristiwa yang berlaku semalam adalah benar.

Oleh sebab itu, kita mestilah memahami dahulu kata pemeri sebelum menggunakannya dalam ayat supaya tidak lagi berlaku kesalahan.

Kesalahan penggunaan Kata Bilangan

Situasi ini berlaku dalam kelas sosiolinguistik. Pada hari itu merupakan hari pembentangan bagi kumpulan. Salah seorang anggota kumpulan yang melakukan pembentangan telah menggunakan kata bilangan yang salah. Penggunaan ayatnya seperti:

"sebanyak 54 tahun merdeka".

Penggunaan kata bilangan sebanyak untuk 54 tahun merdeka adalah salah dan kata bilangan yang sesuai digunakan untuk menyatakan bilangan 54 tahun merdeka ialah selama.
oleh itu, penggunaan ayat yang betul ialah "selama 54 tahun merdeka".

Saturday, March 12, 2011

Penggunaan Bahasa Rojak-Tentera

Situasi ini berlaku semasa berlansungnya sesi pembelajaran di dalam kelas. Saya merupakan salah seorang pegawai kadet dalam Pasukan Palapes UPSI. Pada hari tersebut, jurulatih saya yang berpangkat Kapten telah mengajarkan kami tajuk yang berkaitan dengan kepimpinan.

Bahasa yang digunakan oleh jurulatih saya adalah bahasa rojak. Dalam kehidupan sebagai seorang pegawai dalam tentera, penggunaan bahasa rojak sering digunakan. Hal ini demikian kerana, mungkin penggunaan bahasa rojak sudah sebati dalam diri mereka. Oleh itu, mereka lebih suka menggunakan bahasa rojak daripada bahasa Melayu.

Hal ini dapat dilihat apabila banyak perkataan Inggeris telah digunakan dalam sesi pembelajaran tersebut. Antara perkataan yang dapat saya kenal pasti ialah so, that why, that time, ignore it, denied, be fair, that all dan banyak lagi. Kita sebagai bangsa Melayu seharusnya menggunakan bahasa Melayu kerana bahasa merupakan jiwa bangsa.

Beratur Menaiki Bas

Budaya beratur untuk menaiki bas adalah merupakan budaya yang patut dicontohi. Hal ini secara tidak lansung akan memudahkan semua orang yang ingin menaiki bas. Apabila kita beratur, tidak akan berlaku lagi adegan tolak-menolak, himpit-menghimpit dan sebagainya.

Situasi yang diceritakan di atas dapat dilihat dalam kalangan pelajar-pelajar UPSI. Tiap-tiap pagi, apabila hendak ke kelas, mereka akan beratur untuk menaiki bas. Hal ini sangat sesuai kerana kita merupakan bakal pendidik. Kita tidak sepatutnya berebut-rebut untuk menaiki bas kerana jika berebut-rebut, mungkin kita juga yang akan dapat malu. Oleh itu, budaya beratur ini perlu diteruskan.

Penggunaan Notis

Penggunaan notis untuk menyampaikan sesuatu maklumat dalam kalangan pelajar UPSI sangat meluas. Namun begitu, penggunaan ayat ataupun bahasa telah salah digunakan. Hal ini selalunya terjadi apabila notis itu dikeluarkan oleh individu yang dibuat untuk kepentingan dirinya sendiri.

Contoh notis yang salah penggunaan ejaannya dan menggunakan banyak kesalahan dalam ayatnya ialah notis pemberitahuan bahawa rumah tersebut mempunyai khidmat cetak atau print.

Sepatutnya jika ingin mengeluarkan sesuatu notis untuk memberi maklumat kepada pembaca, seeloknya gunakanlah Bahasa Melayu yang betul. Jikalau bukan kita yang menggunakan Bahasa Melayu dan memartabatkannya, siapa lagi?. Oleh itu, gunakanlah Bahasa Melayu dengan betul.

Tidak Sedar Diri

Situasi ini berlaku semasa aku dalam perjalanan ke Kota Bharu. Aku terpaksa menaiki kereta sewa kerana jika aku menunggu bas, masa yang lama  terpaksa ku ambil. Hal ini demikian kerana, setiap 3 jam sekali barulah bas akan tiba.

Namun bagiku, hari itu merupakan hari yang malang bagiku. Pemandu kereta sewa tersebut sungguh miang dan gatal. Cara percakapannya memualkan aku, namun aku bertahan, tetapi aku juga bernasib baik kerana hanya percakapannya sahaja tetapi tidak pada perbuatannya. Selain itu, aku juga bersyukur kerana, semasa dalam perjalanan itu juga, ada seorang penumpang perempuan menahan kereta sewa tersebut. Aku berasa sungguh lega.

Yang membuatkan aku meluat kerana, pemandu tersebut boleh digolongkan dalam golongan yang sudah berumur. Namun, dia tidak sedar diri. Sepatutnya, dia mestilah berperangai yang lebih elok supaya remaja sekarang menghormatinya.
Pemandu tersebut boleh diibaratkan " Rumah kata pergi, kubur kata mari".

Penggunaan Dialek

Situasi ini berlaku semasa berlansungnya pembelajaran di DKM. Aku merupakan salah seorang anggota Palapes. Pada hari itu, jurulatih yang mengajar kami telah menanyakan kami berapakah jenis-jenis punca berlakunya ketenteraman awam ataupun peleraian rusuhan?.

Salah seorang pelajar telah menggunakan dialek kelantan untuk menjawab soalan tersebut. Jawapan pelajar tersebut adalah "ene Staf. wat sayo ingat la" atau dalam bahasa bakunya adalah "enam sataf, yang saya ingat Staf.. Panggilan Staf merupakan gelaran  untuk jurulatih kami.

Oleh yang demikian, di sini dapat dilihat, pangaruh dialek dalam kalangan pelajar UPSI masih kuat. Hal ini demikian kerana, kebanyakan anggota Palapes dalam kelas tersebut berasal daripada Kelantan. Hal ini menyebabkan penggunaan dialek Kelantan masih meluas dalam kalangan kami.

Friday, March 11, 2011

Habuk Sudah Berat

Kamu semua pernah dengar tak habuk sudah berat?

Situasi ini berlaku di rumahku iaitu di rumah 1-2-4 di Kolej harun Aminurrashid. Rakanku Hafizah, telah menjemur bajunya di bawah kipas. Baju itu akan dipakai pada malam jumaat. Untuk mengeringkan baju tersebut, dia telah meletakkannya di bawah kipas tetapi dia bengang kerana kipas berputar dengan agak perlahan walaupun telah dipasang dengan had limit yang paling tinggi iaitu nombor 5. Tiba-tiba rakanku Salwani menyampuk, "kipas tu berhabuk. Habuk sudah berat. Aku dan Hafizah ketawa mendengarnya.

Rakanku Wani telah menggunakan kesalahan dalam ayat tersebut. Habuk sudah berat sepatutnya ditukar kepada habuk sudah banyak.

Hasad Dengki

Hasad dengki merupakan perbuatan yang tidak disukai oleh Allah SWT, begitu juga dengan agama-agama lain. Aku juga pernah menjadi mangsa kedengkian orang lain terhadap diriku. Aku sungguh tidak percaya bahawa rakan baikku sendiri akan menikam aku dari belakang atau boleh diibaratkan seperti harapkan pagar, pagar makan padi.

Situasi ini baru saja berlaku. Rakan karibku yang aku percaya rupa-rupanya mengutuk aku dari belakang. Di depan aku dialah orang yang sangat memahami aku, tapi di belakang entah apa yang telah di war-warkan berkaitan dengan diriku. Apabila aku mengetahui cerita ini, hati ku sungguh pedih bagai disiat-siat, namun aku tabahkan hati. Aku hanya berdoa semoga Allah saja yang membalasnya. Lagipun, aku berpegang pada prinsipku dan ayah aku juga pernah menasihati aku  biarlah orang menganiayai kita, tapi kita janganlah menganiayai orang.

Oleh sebab itu, kita janganlah mudah percaya kepada orang. Sesungguhnya manusia ini rambaut sama hitam, tapi hati lain-lain.

Kurang Ajar

 Dalam era globalisasi pada hari ini, ramai remaja sekarang tidak lagi mempunyai jati diri yang tinggi. Hal ini dapat dilihat apabila remaja sekarang berhadapan dengan orang-orang tua.

Situasi kurang ajar ini telah berlaku di hadapan mata saya sendiri. Semasa saya berjalan-jalan dengan beberapa orang rakan saya, tiba-tiba saya melihat ada seorang remaja perempuan telah terlanggar seorang mak cik. Saya ingatkan perempuan tersebut akan meminta maaf, namun sebaliknya telah berlaku. Dia telah memarahi mak cik tersebut dengan mengeluarkan kata-kata yang kesat. Antara kata-katanya seperti:
"Mata kau letak kat ne? kat lutut ker? tak nampak? buta!"

Dengan perasaan tidak bersalah, perempuan tersebut terus berlalu dari situ. Saya dan rakan-rakan tergamam melihat situasi tersebut.
Sepatutnya, situasi seperti itu tidak sepatutnya terjadi dalam kalangan remaja kita pada hari ini. Perangai kita mencerminkan budaya kita. Kita janganlah sesekali berperangai seperti remaja tersebut.

Thursday, March 10, 2011

Budaya Berterima Kasih

Situasi ini berlaku semasa saya menaiki bas untuk pergi ke kampus. Saya sengaja untuk duduk di kerusi yang paling hadapan. Hal ini demikian kerana, saya ingin melihat adakah pelajar-pelajar UPSI mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas apabila turun dari bas.

Sememangnya, pelajar-pelajar UPSI mempunyai budaya berterima kasih yang tinggi. Boleh di katakan majoriti kesemua pelajar UPSI mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas tersebut. Saya merupakan orang yang paling akhir turun dari bas dan saya juga telah mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas tersebut.

Pelayan dan Pelanggan

Situasi ini berlaku semasa saya pergi ke rumak kakak saya di Kuala Lumpur. Abang ipar dan kakak saya telah mengajak saya untuk makan di sebuah restoran. Apabila tiba di sana, kami menunggu lama untuk di ambil pesanan. Namun begitu, apabila abang ipar saya mengangkat tangan, barulah salah seorang pelayan restoran tersebut datang ke arah kami. Pelayan di restoran tersebut telah membahasakan dirinya I manakala kami hanya dipanggil You.
Adakah patut?

Ini adalah dialong antara kami dengan pelayan tersebut :
Pelayan : You nak makan apa? You pilihlah apa yang you nak. Kemudian you bagitau kat i. I kira bagi kat you.
Pelanggan : Cik Puan...panggillah pelanggan dengan panggilan Cik, Encik atau Puan. Itu kan panggilan hormat.
Pelayan : You tak suka tak pe....We all tak pernah dengar komplen pun.

Sebagai seorang pelayan, budi bahasa amat penting untuk menarik pelanggan. sepatutnya, pelayan tersebut tidak boleh menggunakan panggilan you untuk pelanggan, manakala untuk dirinya sendiri pun, dia tidak sepatutnya membahasakan dirinya i. Dia mestilah menghormati pelanggan-pelanggannya. Tanpa pelanggan, perniagaan tidak akan ada. Oeh sebab itu, taraf pelanggan adalah lebih tinggi daripada pelayan. Selain itu, penggunaan bahasa rojak juga telah digunakan oleh pelayan tersebut.

Tuesday, March 8, 2011

Goreng pisang

Situasi ini berlaku semasa saya dalam perjalanan pulang ke Kelantan dengan menaiki bas. Sebelum sampai ke Kelantan , kami akan singgah terlebih dahulu di Grik iaitu di Kuala Rui. Semasa saya turun ingin membeli makanan, saya terpandang akan satu gerai. Di gerai tersebut, pelbagai jenis makanan dijual seperti, keropok lekor, pisang goreng, jambu batu dan sebagainya. Namun, penggunaan perkataan pisang goreng telah salah digunakan. Ia telah menggunakan perkataan goreng pisang. Hal ini salah dari segi hukum D-M iaitu yang diterang mandahului yang menerang.

Tokoh bahasa

Situasi ini berlaku semasa adanya Diskusi Ilmiah yang telah diadakan  di Auditorium pada 5 Mac 2011. Tokoh bahasa telah menggunakan bahasa rojak dalam pembentangannya. Antara penggunaan bahasa rojak yang sempat saya kenal pasti seperti :
1. anyway
2 next
3. sory
4. so
5. then
Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana beliau merupakan tokoh bahasa yang terkemuka. namun, sebagai manusia kita tidak pernah terlepas daripada melakukan kesalahan.

kesalahan penjodoh bilangan

Situasi ini berlaku semasa kelas Kesusasteraan dalam Pembelajaran Modal Insan. Semasa pensyarah memberi rehat selama 5 minit, aku telah berbual-bual dengan rakanku bercerita tentang penyelidikan kami.

Pelajar 1: ueh, cam mana dengan penyelidikan kita ni?
Aku: surat camne? dah faks dah kan? tunggu jela jawapan dari dia.
Pelajar 2: eiii, geramnya ak. kita pergi jela. bagi kat dia seketul surat tu. senang. tak payah-payah nak tunggu.

Kami semua ketawa dengan penggunaan seketul surat. Kawanku iaitu pelajar 2 sudah bengang kerana lama menunggu jawapan daripada pihak tersebut.
Sebenarnya, penggunaan penjodoh bilangan seketul untuk surat adalah tidak betul dan yang sebetulnya ialah sekeping surat.
Contoh penggunaan penjodoh bilangan  seketul ialah batu, daging dan sebagainya.

Menyalahi hukum D-M

Situasi ayat menyalahi hukum D-M ini berlaku semasa kelas EDU. Pada waktu itu, pembentangan untuk pengajaran mikro akan diadakan. Pada pemmulaan pengajaran, ada pelajar menggunakan set induksi. Set induksi yang digunakan menyalahi hukum D-M iaitu yang diterang mendahului yang menerang. Set induksi adalah terjemahan daripada bahasa Inggeris iaitu Set Inductian. Perkataan yang sebetulnya adalah induksi set. Semasa dalam kelas itu, pensyarah telah menegur dan alhamdullilah selepas itu, tiada lagi pelajar menggunakan set induksi untuk memulakan pengajaran. Namun begitu, jika dilihat dalam kursus yang lain contohnya Pengajian Malaysia, ada lagi pelajar yang menggunakan set induksi. Hal ini dapat dilihat melalui RPH yang disediakan oleh rakan saya. Dia telah menggunakan set induksi. Saya telah menegurnya, namun dia tetap menggunakan set induksi.Hal ini berkemungkinan kerana, pensyarahnya tidak pernah menegurnya dan mungkin pensyarahnya biasa menggunakan set induksi untuk memulakan sesuatu pengajaran bukannya induksi set.

Tuesday, February 15, 2011

Berhati-hati di jalan raya

Semasa saya dalam perjalanan ke Kota Bharu, saya telah melalui jalan alternatif untuk ke sana. Saya terpaksa melalui jalan-jalan kampung. Seperti yang diketahui, apabila melalui jalan kampung kita akan dapat melihat ramai penunggang motosikal akan menaiki motosikal dengan tidak memakai helmet. Hal ini secara tidak langsung akan membahayakan diri mereka sendiri. Semasa saya melalui jalan tersebut, saya nyaris terlanggar seorang budak. Budak itu berumur dalam lingkungan 8 tahun. Budak tersebut tidak menyalakan lampu sisi untuk membelok. Tetapi mujurlah pada waktu itu, saya memandu kereta dengan agak perlahan dan saya sempat membrek. Kalau tidak tidak tahu apa yang akan terjadi kepada budak tersebut. Selain itu, budak tersebut juga tidak memakai helmet.
Kita sepatutnya berhati-hatilah di jalan raya. Keselamatan diri semasa di jalan raya amat penting. Jika tersilap langkah nyawa boleh melayang. Sayangilah nyawa anda. Ingatlah orang yang tersayang.

Mengantuk membahayakan diri

Situasi ini berlaku semasa saya di kampung iaitu di Kelantan. Hari itu merupakan hari sabtu. Banyak kenderaan berpusu-pusu menuju ke Ibu Kota kerana cuti Tahun Baru Cina telah habis. Pada masa itu, telah berlakunya kesesakan jalan raya. Kenderaan kebanyakannya bergerak dengan perlahan. Pada masa itu, saya dan rakan-rakan telah berada di bahu jalan kerana menunggu seorang rakan lagi untuk pergi ke Machang. Tiba-tiba saya terlihat sebuah kereta tidak bergerak-gerak walaupun kereta hadapannya telah jauh meninggalkannya. Saya telah menyuruh salah seorang rakan saya iaitu lelaki supaya pergi mengetuk cermin kereta tersebuat. Memang betul tanggapan saya dan rakan-rakan bahawa pemandu kereta tersebuat telah tertidur. Yang menggelikan hati saya dan rakan-rakan, kesemua penumpang yang ada di dalam kereta tersebut juga telah tertidur.
Kita mestilah mendapatkan tidur yang secukupnya jika ingin berjalan jauh. Jika terjadi situasi seperti tadi, hal ini secara tidak langsung akan membahayakan diri pemandu itu sendiri dan juga orang lain.
Pandu cermat jiwa selamat.

Bahasa rojak

Situasi ini berlaku di Pekan Tanjong Malim. Pada waktu itu, saya ingin membeli tiket untuk balik ke kampung kerana kami akan bercuti selama seminggu sempena Tahun Baru Cina. Semasa saya berjalan-jalan sebelum ingin membeli tiket ada sekumpulan pelajar sedang bercakap-cakap akan  tarikh mereka ingin pulang ke kampung. Dialog mereka lebih kurang seperti ini:
Pelajar 1 : "ueh, ang bila nak balik. Aku lau leh nak balik awal la".
Pelajar 2 :"Don't know lagi la. Aku ada assingment nak kena hantar. Leceh tul".
pelajar 3 : Sama la dengan aku. Wait aku la nk balik gak".
Mereka telah menggunakan bahasa rojak iaitu mencampur adukkan antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Tidak sabar dan kurang sopan

Saya dan rakan saya hendak pergi ke kelas. Tepat jam 9.35 pagi saya dan rakan saya berjalan menuju ke perhentian bas. Pada masa itu, bas tiada. Kami terpaksa menunggu sehingga jam 9.55 pagi. Apabila bas sampai, kami ingatkan bas itu akan terus bergerak, namun pemandu bas tersebut telah turun. Kami berasa sungguh bengang tetapi tetap bersabar. Semasa kami menunggu ada pelajar dalam bas tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat memaki pemandu bas tersebut seperti "bangang la pemandu bas ni, dah la kita ni dah lewat, boleh dia pergi sembang dengan pak guard tu". Selepas itu, pelajar tersebut dan dua rakannya yang lain telah turun dan mungkin pada hari itu, pelajar tersebut telah ponteng. Tepat jam 10.15 pagi barulah bas itu bergerak. Kami berasa sungguh lega.
Oleh itu, jelaslah di sini kita mestilah bersabar dan walaupun marah kita janganlah mengeluarkan perkataan yang tidak senonoh dan janganlah tergopoh-gopoh kerana jikalau tergopoh-gopoh ia akan merugikan kita sendiri. Contohnya yang terjadi kepada pelajar yang turun dari bas tersebut.

Budak Punk

Pada 16 januari, saya dan rakan saya pergi ke KL. Di stesen LRT, saya dan rakan sedang membeli tiket untuk ke Bukit Bintang. Semasa saya beratur, di belakang saya ada sekumpulan budak punk lebih kurang dalam 5 orang juga ingin membeli tiket. Mereka sangat bising dan mereka juga bercakap dengan mengeluarkan perkataan yang tidak senonoh seperti bodoh, sial, pukimak, bangang dan sebagainya. Rambut mereka terpacak berstail punk. Saya dan kawan saya takut melihat mereka.
Jelaslah di sini pengaruh budaya barat semakin menular dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Oleh itu, kita mestilah membanteras budaya ini daripada menjadi ikutan ramai remaja sekarang. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.