Situasi ini berlaku semasa berlansungnya sesi pembelajaran di dalam kelas. Saya merupakan salah seorang pegawai kadet dalam Pasukan Palapes UPSI. Pada hari tersebut, jurulatih saya yang berpangkat Kapten telah mengajarkan kami tajuk yang berkaitan dengan kepimpinan.
Bahasa yang digunakan oleh jurulatih saya adalah bahasa rojak. Dalam kehidupan sebagai seorang pegawai dalam tentera, penggunaan bahasa rojak sering digunakan. Hal ini demikian kerana, mungkin penggunaan bahasa rojak sudah sebati dalam diri mereka. Oleh itu, mereka lebih suka menggunakan bahasa rojak daripada bahasa Melayu.
Hal ini dapat dilihat apabila banyak perkataan Inggeris telah digunakan dalam sesi pembelajaran tersebut. Antara perkataan yang dapat saya kenal pasti ialah so, that why, that time, ignore it, denied, be fair, that all dan banyak lagi. Kita sebagai bangsa Melayu seharusnya menggunakan bahasa Melayu kerana bahasa merupakan jiwa bangsa.
No comments:
Post a Comment