Definisi leweh dalam Kamus Dewan sebagai "berlebih-lebihan sehingga tertambah perkara, hal dan sebagainya dan septutnya tidak perlu".
Situasi inu berlaku semasa aku dan rakan-rakanku pergi ke ICT. Apabila sampai ke tempat yang dituju salah seorang rakanku dengan terujanya memaklumkan kepada kami semua dengan menggunakan ayat " kita telah sampai ke destinasi yang dituju tepat jam 11 malam". Aku terus menjawab "leweh la kau ni".
hal ini demikian kerana, dalam ayat tersebut, kata "destinasi" membawa pengertian tempat yang dituju. Oleh sebab itu, frasa "destinasi yang dituju" ternyata tidak tepat dan dianggap leweh.
No comments:
Post a Comment