Situasi ini berlaku semasa berlansungnya pembelajaran di DKM. Aku merupakan salah seorang anggota Palapes. Pada hari itu, jurulatih yang mengajar kami telah menanyakan kami berapakah jenis-jenis punca berlakunya ketenteraman awam ataupun peleraian rusuhan?.
Salah seorang pelajar telah menggunakan dialek kelantan untuk menjawab soalan tersebut. Jawapan pelajar tersebut adalah "ene Staf. wat sayo ingat la" atau dalam bahasa bakunya adalah "enam sataf, yang saya ingat Staf.. Panggilan Staf merupakan gelaran untuk jurulatih kami.
Oleh yang demikian, di sini dapat dilihat, pangaruh dialek dalam kalangan pelajar UPSI masih kuat. Hal ini demikian kerana, kebanyakan anggota Palapes dalam kelas tersebut berasal daripada Kelantan. Hal ini menyebabkan penggunaan dialek Kelantan masih meluas dalam kalangan kami.
No comments:
Post a Comment