Situasi ini berlaku semasa saya pergi ke rumak kakak saya di Kuala Lumpur. Abang ipar dan kakak saya telah mengajak saya untuk makan di sebuah restoran. Apabila tiba di sana, kami menunggu lama untuk di ambil pesanan. Namun begitu, apabila abang ipar saya mengangkat tangan, barulah salah seorang pelayan restoran tersebut datang ke arah kami. Pelayan di restoran tersebut telah membahasakan dirinya I manakala kami hanya dipanggil You.
Adakah patut?
Ini adalah dialong antara kami dengan pelayan tersebut :
Pelayan : You nak makan apa? You pilihlah apa yang you nak. Kemudian you bagitau kat i. I kira bagi kat you.
Pelanggan : Cik Puan...panggillah pelanggan dengan panggilan Cik, Encik atau Puan. Itu kan panggilan hormat.
Pelayan : You tak suka tak pe....We all tak pernah dengar komplen pun.
Sebagai seorang pelayan, budi bahasa amat penting untuk menarik pelanggan. sepatutnya, pelayan tersebut tidak boleh menggunakan panggilan you untuk pelanggan, manakala untuk dirinya sendiri pun, dia tidak sepatutnya membahasakan dirinya i. Dia mestilah menghormati pelanggan-pelanggannya. Tanpa pelanggan, perniagaan tidak akan ada. Oeh sebab itu, taraf pelanggan adalah lebih tinggi daripada pelayan. Selain itu, penggunaan bahasa rojak juga telah digunakan oleh pelayan tersebut.
No comments:
Post a Comment