Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang. Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk haiwan atau binatang dan benda.
Situasi penggunaaan kata ganti diri yang salah telah digunakan kepada binatang iaitu kucing. Hal ini telah berlaku semasa saya dan rakan-rakan dalam perjalanan pergi ke pusat membeli belah di Kota Bharu. Semasa dalam perjalanan, tiba-tiba seekor kucing telah melintas di hadapan kereta yang kami naiki. Rakan saya tidak sempat untuk membrek menyebabkan kami telah terlanggar kucing tersebut. Kami semua terkejut.
Penggunaan kata ganti diri yang salah telah digunakan oleh rakan saya. Hal ini dapat dilihat dalam ayat di bawah apabila rakan saya telah menggunakan kata ganti diri dia kepada kucing tersebut..
"kita dah langgar kucing tu, kesiannya kat dia".
Penggunaan kata gandi diri dia telah digunakan untuk menggantikan nama kepada kucing tersebut. Hal ini tidak sesuai kerana, haiwan atau binatang tidak boleh menggunakan kata ganti diri dia. Kata ganti diri dia hanya boleh digunakan untuk manusia iaitu umtuk menggantikan kata nama orang.
No comments:
Post a Comment