gmbr 1

create your own banner at mybannermaker.com!

Tuesday, February 15, 2011

Mengantuk membahayakan diri

Situasi ini berlaku semasa saya di kampung iaitu di Kelantan. Hari itu merupakan hari sabtu. Banyak kenderaan berpusu-pusu menuju ke Ibu Kota kerana cuti Tahun Baru Cina telah habis. Pada masa itu, telah berlakunya kesesakan jalan raya. Kenderaan kebanyakannya bergerak dengan perlahan. Pada masa itu, saya dan rakan-rakan telah berada di bahu jalan kerana menunggu seorang rakan lagi untuk pergi ke Machang. Tiba-tiba saya terlihat sebuah kereta tidak bergerak-gerak walaupun kereta hadapannya telah jauh meninggalkannya. Saya telah menyuruh salah seorang rakan saya iaitu lelaki supaya pergi mengetuk cermin kereta tersebuat. Memang betul tanggapan saya dan rakan-rakan bahawa pemandu kereta tersebuat telah tertidur. Yang menggelikan hati saya dan rakan-rakan, kesemua penumpang yang ada di dalam kereta tersebut juga telah tertidur.
Kita mestilah mendapatkan tidur yang secukupnya jika ingin berjalan jauh. Jika terjadi situasi seperti tadi, hal ini secara tidak langsung akan membahayakan diri pemandu itu sendiri dan juga orang lain.
Pandu cermat jiwa selamat.

No comments:

Post a Comment