Tuesday, March 8, 2011
Goreng pisang
Situasi ini berlaku semasa saya dalam perjalanan pulang ke Kelantan dengan menaiki bas. Sebelum sampai ke Kelantan , kami akan singgah terlebih dahulu di Grik iaitu di Kuala Rui. Semasa saya turun ingin membeli makanan, saya terpandang akan satu gerai. Di gerai tersebut, pelbagai jenis makanan dijual seperti, keropok lekor, pisang goreng, jambu batu dan sebagainya. Namun, penggunaan perkataan pisang goreng telah salah digunakan. Ia telah menggunakan perkataan goreng pisang. Hal ini salah dari segi hukum D-M iaitu yang diterang mandahului yang menerang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment