gmbr 1

create your own banner at mybannermaker.com!

Friday, March 11, 2011

Kurang Ajar

 Dalam era globalisasi pada hari ini, ramai remaja sekarang tidak lagi mempunyai jati diri yang tinggi. Hal ini dapat dilihat apabila remaja sekarang berhadapan dengan orang-orang tua.

Situasi kurang ajar ini telah berlaku di hadapan mata saya sendiri. Semasa saya berjalan-jalan dengan beberapa orang rakan saya, tiba-tiba saya melihat ada seorang remaja perempuan telah terlanggar seorang mak cik. Saya ingatkan perempuan tersebut akan meminta maaf, namun sebaliknya telah berlaku. Dia telah memarahi mak cik tersebut dengan mengeluarkan kata-kata yang kesat. Antara kata-katanya seperti:
"Mata kau letak kat ne? kat lutut ker? tak nampak? buta!"

Dengan perasaan tidak bersalah, perempuan tersebut terus berlalu dari situ. Saya dan rakan-rakan tergamam melihat situasi tersebut.
Sepatutnya, situasi seperti itu tidak sepatutnya terjadi dalam kalangan remaja kita pada hari ini. Perangai kita mencerminkan budaya kita. Kita janganlah sesekali berperangai seperti remaja tersebut.

No comments:

Post a Comment