Imbuhan "ter" yang mengikuti kata adjektif tidak boleh diikuti dengan kata penguat di belakangnya. Hal ini demikian kerana, jika kata penguat diikuti dibelakang akan dianggap lewah kerana imbuhan "ter" diikuti kata adjektif telah menunjukkan penegasan dalam sesuatu ayat.
Situasi ini telah berlaku semasa adanya aktiviti merentas desa yang telah saya ikuti dalam pasukan Palapes. Aktiviti merentas desa itu bermula dari Kampung Kelawar sehingga ke UPSI. Salah seorang rakan saya telah melakukan kesalahan dalam penggunaan ayat yang mengandungi kata adjektif dan imbuhan "ter" diikuti dengan kata penguat.
Hal ini dapat dilihat dalam ayat di bawah:
"kita mesti mengalahkan Dijah kerana dia merupakan peserta termuda sekali dalam skuad kita. Malu kalau kita kalah". Namun begitu, jika dilihat adat permainan kalah dan menang adalah perkara normal.
Kesalahan ini dapat dilihat dalam ayat di atas, apabila termuda sekali telah digunakan. Sepatutnya, kata penguat sekali tidak boleh digunakan dalam ayat tersebut.
Ayat yang betul adalah peserta termuda.
No comments:
Post a Comment