Situasi ini berlaku semasa aku dalam perjalanan ke Kota Bharu. Aku terpaksa menaiki kereta sewa kerana jika aku menunggu bas, masa yang lama terpaksa ku ambil. Hal ini demikian kerana, setiap 3 jam sekali barulah bas akan tiba.
Namun bagiku, hari itu merupakan hari yang malang bagiku. Pemandu kereta sewa tersebut sungguh miang dan gatal. Cara percakapannya memualkan aku, namun aku bertahan, tetapi aku juga bernasib baik kerana hanya percakapannya sahaja tetapi tidak pada perbuatannya. Selain itu, aku juga bersyukur kerana, semasa dalam perjalanan itu juga, ada seorang penumpang perempuan menahan kereta sewa tersebut. Aku berasa sungguh lega.
Yang membuatkan aku meluat kerana, pemandu tersebut boleh digolongkan dalam golongan yang sudah berumur. Namun, dia tidak sedar diri. Sepatutnya, dia mestilah berperangai yang lebih elok supaya remaja sekarang menghormatinya.
Pemandu tersebut boleh diibaratkan " Rumah kata pergi, kubur kata mari".
No comments:
Post a Comment