Situasi ini berlaku semasa kelas Kesusasteraan dalam Pembelajaran Modal Insan. Semasa pensyarah memberi rehat selama 5 minit, aku telah berbual-bual dengan rakanku bercerita tentang penyelidikan kami.
Pelajar 1: ueh, cam mana dengan penyelidikan kita ni?
Aku: surat camne? dah faks dah kan? tunggu jela jawapan dari dia.
Pelajar 2: eiii, geramnya ak. kita pergi jela. bagi kat dia seketul surat tu. senang. tak payah-payah nak tunggu.
Kami semua ketawa dengan penggunaan seketul surat. Kawanku iaitu pelajar 2 sudah bengang kerana lama menunggu jawapan daripada pihak tersebut.
Sebenarnya, penggunaan penjodoh bilangan seketul untuk surat adalah tidak betul dan yang sebetulnya ialah sekeping surat.
Contoh penggunaan penjodoh bilangan seketul ialah batu, daging dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment