gmbr 1

create your own banner at mybannermaker.com!

Tuesday, February 15, 2011

Tidak sabar dan kurang sopan

Saya dan rakan saya hendak pergi ke kelas. Tepat jam 9.35 pagi saya dan rakan saya berjalan menuju ke perhentian bas. Pada masa itu, bas tiada. Kami terpaksa menunggu sehingga jam 9.55 pagi. Apabila bas sampai, kami ingatkan bas itu akan terus bergerak, namun pemandu bas tersebut telah turun. Kami berasa sungguh bengang tetapi tetap bersabar. Semasa kami menunggu ada pelajar dalam bas tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat memaki pemandu bas tersebut seperti "bangang la pemandu bas ni, dah la kita ni dah lewat, boleh dia pergi sembang dengan pak guard tu". Selepas itu, pelajar tersebut dan dua rakannya yang lain telah turun dan mungkin pada hari itu, pelajar tersebut telah ponteng. Tepat jam 10.15 pagi barulah bas itu bergerak. Kami berasa sungguh lega.
Oleh itu, jelaslah di sini kita mestilah bersabar dan walaupun marah kita janganlah mengeluarkan perkataan yang tidak senonoh dan janganlah tergopoh-gopoh kerana jikalau tergopoh-gopoh ia akan merugikan kita sendiri. Contohnya yang terjadi kepada pelajar yang turun dari bas tersebut.

No comments:

Post a Comment