gmbr 1

create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, March 14, 2011

Kesalahan Penggunaan Kata Pemeri

Situasi ini berlaku semasa saya melihat semula buku-buku latihan saya semasa tingkatan enam dahulu. Dalam buku tersebut banyak penggunaan ayat pemeri telah salah digunakan.

Contoh ayatnya seperti:
1) bungkusan itu ialah untuk anak-anak yatim.
2) peristiwa yang berlaku semalam ialah benar.

Kesalahan penggunaan ayat pemeri di atas adalah ialah.Hal ini demikian kerana, kata pemeri ialah seharusnya digunakan apabila predikatnya terdiri daripada kata nama. Namun begitu, dalam ayat di atas, kata pemeri ialah telah digunakan apabila predikatnya adalah frasa sendi nama. Sebelum penggunaan predikat frasa sendi nama, kata pemeri adalah seharusnya hadir di hadapan kata sendi nama.

Penggunaan ayat yang betul adalah:
1) bungkusan itu adalah untuk anak-anak yatim.
2) peristiwa yang berlaku semalam adalah benar.

Oleh sebab itu, kita mestilah memahami dahulu kata pemeri sebelum menggunakannya dalam ayat supaya tidak lagi berlaku kesalahan.

No comments:

Post a Comment