gmbr 1

create your own banner at mybannermaker.com!

Tuesday, February 15, 2011

Berhati-hati di jalan raya

Semasa saya dalam perjalanan ke Kota Bharu, saya telah melalui jalan alternatif untuk ke sana. Saya terpaksa melalui jalan-jalan kampung. Seperti yang diketahui, apabila melalui jalan kampung kita akan dapat melihat ramai penunggang motosikal akan menaiki motosikal dengan tidak memakai helmet. Hal ini secara tidak langsung akan membahayakan diri mereka sendiri. Semasa saya melalui jalan tersebut, saya nyaris terlanggar seorang budak. Budak itu berumur dalam lingkungan 8 tahun. Budak tersebut tidak menyalakan lampu sisi untuk membelok. Tetapi mujurlah pada waktu itu, saya memandu kereta dengan agak perlahan dan saya sempat membrek. Kalau tidak tidak tahu apa yang akan terjadi kepada budak tersebut. Selain itu, budak tersebut juga tidak memakai helmet.
Kita sepatutnya berhati-hatilah di jalan raya. Keselamatan diri semasa di jalan raya amat penting. Jika tersilap langkah nyawa boleh melayang. Sayangilah nyawa anda. Ingatlah orang yang tersayang.

No comments:

Post a Comment