gmbr 1

create your own banner at mybannermaker.com!

Friday, March 18, 2011

Ayat tergantung

Ayat tergantung berlaku apabila sesuatu ayat itu mungkin tidak ada subjek ataupun predikat. Ayat yang bermakna apabila kita memahami ayat tersebut. Oleh itu, untuk menjadi ayat yang sempurna, ayat tersebut mestilah mempunyai sunjek dan predikat.

Situasi ini berlaku semasa saya menanyakan rakan saya dengan soalan seperti:-
Dia yang datang semalam?

Contoh di atas merupakan contoh kesalahan umum tentang ujaran yang tidak ada predikatnya menyebabkan ayatnya tergantung.

Soalan yang betul ialah:-
Diakah yang datang semalam?

Kesalahan penggunaan kata kerja tak transitif ber....kan

Frasa kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat ayat tanpa objek atau sekumpulan kata yang mempunyai kata kerja tak transitif sebagai kata kerja utamanya.

Kata kerja berapitan ber....kan tidak boleh diikuti atau disertai kata sendi kerana akhiran kan pada apitan ber....kan itu berasal daripada kata sendi akan yang dapat mewakili kata sendi dengan atau pada atau tentang.

Kesalahan penggunaan kata kerja tak transitif ber...kan dapat dilihat dalam ayat di bawah:-
1) berdasarkan pada keterangan ini.
2) bertanyakan tentang khabar.

Kesalahan ini dapat dilihat apabila kata kerja berapitan ber...kan telah diikuti dengan kata sendi pada dalam ayat pertama manakala dalam ayat kedua telah diikuti dengan kata sendi tentang.
 Pada hari ini, kita juga dapat melihat ramai masyarakat sekarang masih lagi salah dalam menggunkan kata kerja tak transitif ber...kan ini.

Berasal dari kata sama berbeza makna

Pedalaman dan Pendalaman

Kedua-dua kata ini berasal dari kata yang sama iaitu dalam tetapi berbeza maknanya.

Hal ini demikian kerana, kata pedalaman bererti kawasan yang terpencil atau daerah yang jauh dari kawasan perhubungan dan kemudahan manakala pendalaman pula bererti usaha mendalami atau mendalamkan.
Kesalahan penggunaan kata pedalaman telah digunakan apabila rakanku telah menggunakan kata pendalaman untuk merujuk kepada kawasan terpencil.

Hal ini dapat dilihat dalam ayat di bawah:-
"Jauhnya. Kawasan pendalaman tu. Takut aku".

ayat yang betul ialah:-
"Jauhnya. Kawasan pedalaman tu. Takut aku"

Kesalahan penggunaan kata nafi bukan

Situasi ini berlaku semasa aku telah pergi ke rumah rakanku Eju. Pada masa itu, Eju sedang menaip surat untuk dihantarkan kepada Rumah Perlindungan Pernim di Cheras. Aku telah menyapa Eju:-

Aku : "Ju, sedang buat apa? tulis surat ke?".
Ju : "Aku bukan menulis surat la, tapi menaip". 

Dalam dialog di atas, penggunaan kata nafi bukan telah salah digunakan. Hal ini demikian kerana, kata nafi bukan tidak boleh digunakan apabila frasa adjektif atau frasa kerja menjadi predikat ayat. sepatutnya, kata nafi tidak mestilah digunakan dalam dialog tersebut kerana kata nafi tidak digunakan apabila frasa kerja menjadi predikat ayat.

Dialog yang betul ialah:-
Aku : "Ju sedang buat apa? tulis surat ke?".
Ju : "Aku tidak menulis surat la, tapi menaip".

Banyak atau ramai

Selain daripada kekeliruan dalam menggunakan kata adakah dan apakah, masyarakat sekarang juga terkeliru dengan penggunaan kata banyak dan ramai.

Situasi ini berlaku semasa majlis perkahwinan rakanku. Aku dan beberpa rakanku telah menghadiri majlis tersebut. Apabila sampai, kami sungguh terkejut kerana banyak orang datang untuk memeriahkan majlis tersebut.
Ini adalah beberapa dialog yang diujarkan olehku dan rakan-rakanku.
A: "Ramainyo ore. sege plok aku nak masuk".
B: "Sege gapo nyo. Nikoh saie kito jugak. Mesti la ramai. Mu ni gak".
c: "Tak dok, tak dok. Jom masuk g jupo.

Penggunaan kata ramai oleh A dan B dalam ayat di atas adalah salah kerana kata ramai mempunyai hubungan dengan keadaan ataupun suasana. Penggunaan ramai salah kerana A dan B telah merujuk kepada orang bukannya keadaan ataupun suasana.

Oleh sebab itu, penggunaan perkataan banyak lebih sesuai kerana banyak merujuk kepada hubungan dengan jumlah atau bilangan samada manusia, binatang atau benda.