gmbr 1

create your own banner at mybannermaker.com!

Tuesday, March 8, 2011

Menyalahi hukum D-M

Situasi ayat menyalahi hukum D-M ini berlaku semasa kelas EDU. Pada waktu itu, pembentangan untuk pengajaran mikro akan diadakan. Pada pemmulaan pengajaran, ada pelajar menggunakan set induksi. Set induksi yang digunakan menyalahi hukum D-M iaitu yang diterang mendahului yang menerang. Set induksi adalah terjemahan daripada bahasa Inggeris iaitu Set Inductian. Perkataan yang sebetulnya adalah induksi set. Semasa dalam kelas itu, pensyarah telah menegur dan alhamdullilah selepas itu, tiada lagi pelajar menggunakan set induksi untuk memulakan pengajaran. Namun begitu, jika dilihat dalam kursus yang lain contohnya Pengajian Malaysia, ada lagi pelajar yang menggunakan set induksi. Hal ini dapat dilihat melalui RPH yang disediakan oleh rakan saya. Dia telah menggunakan set induksi. Saya telah menegurnya, namun dia tetap menggunakan set induksi.Hal ini berkemungkinan kerana, pensyarahnya tidak pernah menegurnya dan mungkin pensyarahnya biasa menggunakan set induksi untuk memulakan sesuatu pengajaran bukannya induksi set.

No comments:

Post a Comment