gmbr 1

create your own banner at mybannermaker.com!

Thursday, March 17, 2011

Kesalahan penggunaan kata sendi - di

Situasi ini berlaku semasa saya ingin membeli tiket untuk pulang ke Kelantan. Apabila sampai di sana, saya telah terbaca satu notis yang menggunakan kesalahan pada kata sendi nama di.

Hal ini dapat dilihat dalam notis tersebut yang menyatakan bahawa, perhentian bas ini telah ditempatkan semula disebelah gudang 8, 150 meter dari sini.

Dalam ayat tersebut, penggunaan kata sendi nama di telah salah digunakan kerana kata sendi nama di ini tidak dieja terpisah daripada kata yang mengikutinya. . Hal ini demikian kerana kata sendi nama di mestilah ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Selain itu, kata sendi nama di ini digunakan hanya di bahagian hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.

Sepatutnya, pengguaan kata sendi nama di yang betul dalam notis tersebut ialah perhentian bas ini telah ditempatkan semula di sebelah gudang 8, 150 meter dari sini.

Oleh sebeb itu, apabila menggunakan kata sendi nama di, ia mestilah dieja secara terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.

No comments:

Post a Comment