gmbr 1

create your own banner at mybannermaker.com!

Friday, March 18, 2011

penggunaan kata yang tidak tepat

Dalam bahasa Melayu ada beberapa kata yang seakan sama ejaanya tetapi berlainan maknanya. Oleh sebab itu dalam kalangan masyarakat ada yang mengagak-agak ketika menggunakan sesuatu kata tanpa merujuk kepada kamus. Hal ini menyebabkan berlakunya kesalahan dalam penggunaan kata yang tidak tepat ini.

Yang berikut adalah kata yang sering digunakan salah dalam sesuatu ayat.

Adakah dan Apakah

Kata adakah digunakan untuk mendapatkan jawapan ya atau tidak manakala kata apakah digunakan untuk mendapatkan jawapan tentang nama binatang, benda, keterangan tentang sesuatu dan menanyakan sesuatu yang tidak khusus. Kesalahan dalam penggunaan kata berlaku apabila kata apakah digunakan pada tempat adakah.

Hal ini dapat dilihat dalam contoh ayat di bawah:-
a)  Apakah benar ceritamu itu?
b) Apakah Ali datang semalam?
c) Apakah kamu bermimpi?

Pengunaan apakah dalam ayat di atas salah kerana dalam ayat di atas penyataannya adalah untuk mendapatkan jawapan ya atau tidak. Oleh sebab itu, kata adakah sebenarnya sesuai untuk menanyakan soalah di atas.

Oleh yang demikian, pertanyaan yang betul ialah:-
a) Adakah benar ceritamu inu?
b) Adakah Ali datang semalam?
c) Adakah kamu bermimpi?

Kesalahan penggunaan kata jamak

Situasi ini berlaku semasa saya menjalankan pengajaran Makro di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa. Hari itu merupakan hari ahad. Kami telah pergi awal kerana subjek yang akan saya ajar adalah selepas perhimpunan. Walaupun kami tidak mengikuti secara lansung perhimpunan tersebut, namun kami dapat mendengar dengan jelas apa yang diperkatakan oleh salah seorang guru di sekolah tersebut.

Guru tersebut telah menggunakan kata jamak yang salah apabila beliau menggunakan kata jamak para-para pelajar untuk menrujuk kepada pelajar-pelajarnya. Penggunaan kata jamak para-para salah kerana para merujuk kepada maksud majmuk. Oleh itu ia tidak boleh digandakan.

Penggunaan kata jamak yang sesuai untuk merujuk kepada pelajar yang ramai ialah para pelajar ataupun pelajar-pelajar.

Kesalahan penggunaan kata tanya

Situasi ini berlaku semasa saya dan rakan-rakan telah mengikuti satu program iaitu program Celik Minda. Dalam program tersebut, terdapat pelbagai kaum yang mengikuti program tersebut. Antaranya ialah kaum Melayu, India dan Cina.Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Dalam kumpulan kami ada dua orang pelajar berbangsa Cina. Semasa sesi berkenalan, pelajar Cina telah telah menanyakan nama rakan saya. Namun begitu, dia telah menggunakan kata tanya yang salah.

Hal ini dapat dilihat dalam ayat tanya di bawah:-
"Apa nama awak?"

Penggunaan kata tanya ini salah kerana kata tanya apa hanya digunakan untuk menanyakan nama benda dan binatang.
Jika kita ingin mengetahui nama seseorang, kita mestilah menggunakan kata tanya siapa kerana kata tanya siapa hanya digunakan untuk menanyakan nama orang atau manusia.

Oleh sebab itu, untuk menanyakan nama orang, kita mestilah menggunakan kata tanya siapa.

Kesalahan penggunan kata bilangan-berbagai-bagai

Penggunaan kata bilangan berbagai masih kerap digunakan dalam kalangan masyarakat kita. Hal ini demikan kerana, mereka tidak dapat membezakan antara pelbagai dan berbagai. Jika kita menggunakan berbagai, ia akan dianggap salah kerana yang betul adalah berbagai-bagai.

Kesalahan penggunaan kata bilangan ini dapat dilihat dalam contoh ayat di bawah:-
Sekolah itu telah menjalankan berbagai aktiviti semasa "Minggu Penyayang"
Penggunaan kata bilangan berbagai dalam ayat tersebuat salah dan yang sebetulnya adalah berbagai-bagai ataupun pelbagai.

Oleh sebab itu ayat yang betul ialah:-
Sekolah itu telah menjalankan berbagai-bagai atau pelbagai aktiviti semasa "Minggu Penyayang".

Makna yang sama

Situasi ini berlaku berdekatan dengan mesin ATM di Kolej Harun Aminurrashid. Pada masa itu, aku telah terserempak dengan Rayumi yang sedang menunggu Diana untuk mengambil duit di mesin ATM tersebut.

Ini adalah dialog di antara aku dan Rayumi.
Aku : "nak g mano Yumi? acu try oyak gak..."
Rayumi : "pergi nak hantar borang kolej ni".

Terdapat penggunaan makna yang sama yang telah digunakan bersama-sama dalam satu ayat iaitu acu, try, oyak yang membawa maksud yang sama iaitu cuba dalam bahasa baku. "acu" dan "oyak" merupakan bahasa dialek Kelantan, manakala perkataan "try" merupakan perkataan dari bahasa Inggeris. Selain itu, ayat "pergi nak hantar borang kolej" juga adalah salah. Sepatutnya ialah "nak pergi hantar borang kolej".