gmbr 1

create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, March 14, 2011

Kesalahan penggunaan Kata Bilangan

Situasi ini berlaku dalam kelas sosiolinguistik. Pada hari itu merupakan hari pembentangan bagi kumpulan. Salah seorang anggota kumpulan yang melakukan pembentangan telah menggunakan kata bilangan yang salah. Penggunaan ayatnya seperti:

"sebanyak 54 tahun merdeka".

Penggunaan kata bilangan sebanyak untuk 54 tahun merdeka adalah salah dan kata bilangan yang sesuai digunakan untuk menyatakan bilangan 54 tahun merdeka ialah selama.
oleh itu, penggunaan ayat yang betul ialah "selama 54 tahun merdeka".

Saturday, March 12, 2011

Penggunaan Bahasa Rojak-Tentera

Situasi ini berlaku semasa berlansungnya sesi pembelajaran di dalam kelas. Saya merupakan salah seorang pegawai kadet dalam Pasukan Palapes UPSI. Pada hari tersebut, jurulatih saya yang berpangkat Kapten telah mengajarkan kami tajuk yang berkaitan dengan kepimpinan.

Bahasa yang digunakan oleh jurulatih saya adalah bahasa rojak. Dalam kehidupan sebagai seorang pegawai dalam tentera, penggunaan bahasa rojak sering digunakan. Hal ini demikian kerana, mungkin penggunaan bahasa rojak sudah sebati dalam diri mereka. Oleh itu, mereka lebih suka menggunakan bahasa rojak daripada bahasa Melayu.

Hal ini dapat dilihat apabila banyak perkataan Inggeris telah digunakan dalam sesi pembelajaran tersebut. Antara perkataan yang dapat saya kenal pasti ialah so, that why, that time, ignore it, denied, be fair, that all dan banyak lagi. Kita sebagai bangsa Melayu seharusnya menggunakan bahasa Melayu kerana bahasa merupakan jiwa bangsa.

Beratur Menaiki Bas

Budaya beratur untuk menaiki bas adalah merupakan budaya yang patut dicontohi. Hal ini secara tidak lansung akan memudahkan semua orang yang ingin menaiki bas. Apabila kita beratur, tidak akan berlaku lagi adegan tolak-menolak, himpit-menghimpit dan sebagainya.

Situasi yang diceritakan di atas dapat dilihat dalam kalangan pelajar-pelajar UPSI. Tiap-tiap pagi, apabila hendak ke kelas, mereka akan beratur untuk menaiki bas. Hal ini sangat sesuai kerana kita merupakan bakal pendidik. Kita tidak sepatutnya berebut-rebut untuk menaiki bas kerana jika berebut-rebut, mungkin kita juga yang akan dapat malu. Oleh itu, budaya beratur ini perlu diteruskan.

Penggunaan Notis

Penggunaan notis untuk menyampaikan sesuatu maklumat dalam kalangan pelajar UPSI sangat meluas. Namun begitu, penggunaan ayat ataupun bahasa telah salah digunakan. Hal ini selalunya terjadi apabila notis itu dikeluarkan oleh individu yang dibuat untuk kepentingan dirinya sendiri.

Contoh notis yang salah penggunaan ejaannya dan menggunakan banyak kesalahan dalam ayatnya ialah notis pemberitahuan bahawa rumah tersebut mempunyai khidmat cetak atau print.

Sepatutnya jika ingin mengeluarkan sesuatu notis untuk memberi maklumat kepada pembaca, seeloknya gunakanlah Bahasa Melayu yang betul. Jikalau bukan kita yang menggunakan Bahasa Melayu dan memartabatkannya, siapa lagi?. Oleh itu, gunakanlah Bahasa Melayu dengan betul.

Tidak Sedar Diri

Situasi ini berlaku semasa aku dalam perjalanan ke Kota Bharu. Aku terpaksa menaiki kereta sewa kerana jika aku menunggu bas, masa yang lama  terpaksa ku ambil. Hal ini demikian kerana, setiap 3 jam sekali barulah bas akan tiba.

Namun bagiku, hari itu merupakan hari yang malang bagiku. Pemandu kereta sewa tersebut sungguh miang dan gatal. Cara percakapannya memualkan aku, namun aku bertahan, tetapi aku juga bernasib baik kerana hanya percakapannya sahaja tetapi tidak pada perbuatannya. Selain itu, aku juga bersyukur kerana, semasa dalam perjalanan itu juga, ada seorang penumpang perempuan menahan kereta sewa tersebut. Aku berasa sungguh lega.

Yang membuatkan aku meluat kerana, pemandu tersebut boleh digolongkan dalam golongan yang sudah berumur. Namun, dia tidak sedar diri. Sepatutnya, dia mestilah berperangai yang lebih elok supaya remaja sekarang menghormatinya.
Pemandu tersebut boleh diibaratkan " Rumah kata pergi, kubur kata mari".