Ayat tergantung berlaku apabila sesuatu ayat itu mungkin tidak ada subjek ataupun predikat. Ayat yang bermakna apabila kita memahami ayat tersebut. Oleh itu, untuk menjadi ayat yang sempurna, ayat tersebut mestilah mempunyai sunjek dan predikat.
Situasi ini berlaku semasa saya menanyakan rakan saya dengan soalan seperti:-
Dia yang datang semalam?
Contoh di atas merupakan contoh kesalahan umum tentang ujaran yang tidak ada predikatnya menyebabkan ayatnya tergantung.
Soalan yang betul ialah:-
Diakah yang datang semalam?
Friday, March 18, 2011
Kesalahan penggunaan kata kerja tak transitif ber....kan
Frasa kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat ayat tanpa objek atau sekumpulan kata yang mempunyai kata kerja tak transitif sebagai kata kerja utamanya.
Kata kerja berapitan ber....kan tidak boleh diikuti atau disertai kata sendi kerana akhiran kan pada apitan ber....kan itu berasal daripada kata sendi akan yang dapat mewakili kata sendi dengan atau pada atau tentang.
Kesalahan penggunaan kata kerja tak transitif ber...kan dapat dilihat dalam ayat di bawah:-
1) berdasarkan pada keterangan ini.
2) bertanyakan tentang khabar.
Kesalahan ini dapat dilihat apabila kata kerja berapitan ber...kan telah diikuti dengan kata sendi pada dalam ayat pertama manakala dalam ayat kedua telah diikuti dengan kata sendi tentang.
Pada hari ini, kita juga dapat melihat ramai masyarakat sekarang masih lagi salah dalam menggunkan kata kerja tak transitif ber...kan ini.

Berasal dari kata sama berbeza makna
Pedalaman dan Pendalaman
Kedua-dua kata ini berasal dari kata yang sama iaitu dalam tetapi berbeza maknanya.
Hal ini demikian kerana, kata pedalaman bererti kawasan yang terpencil atau daerah yang jauh dari kawasan perhubungan dan kemudahan manakala pendalaman pula bererti usaha mendalami atau mendalamkan.
Kesalahan penggunaan kata pedalaman telah digunakan apabila rakanku telah menggunakan kata pendalaman untuk merujuk kepada kawasan terpencil.
Hal ini dapat dilihat dalam ayat di bawah:-
"Jauhnya. Kawasan pendalaman tu. Takut aku".
ayat yang betul ialah:-
"Jauhnya. Kawasan pedalaman tu. Takut aku"

Kesalahan penggunaan kata nafi bukan
Situasi ini berlaku semasa aku telah pergi ke rumah rakanku Eju. Pada masa itu, Eju sedang menaip surat untuk dihantarkan kepada Rumah Perlindungan Pernim di Cheras. Aku telah menyapa Eju:-
Aku : "Ju, sedang buat apa? tulis surat ke?".
Ju : "Aku bukan menulis surat la, tapi menaip".
Dalam dialog di atas, penggunaan kata nafi bukan telah salah digunakan. Hal ini demikian kerana, kata nafi bukan tidak boleh digunakan apabila frasa adjektif atau frasa kerja menjadi predikat ayat. sepatutnya, kata nafi tidak mestilah digunakan dalam dialog tersebut kerana kata nafi tidak digunakan apabila frasa kerja menjadi predikat ayat.
Dialog yang betul ialah:-
Aku : "Ju sedang buat apa? tulis surat ke?".
Ju : "Aku tidak menulis surat la, tapi menaip".

Banyak atau ramai
Selain daripada kekeliruan dalam menggunakan kata adakah dan apakah, masyarakat sekarang juga terkeliru dengan penggunaan kata banyak dan ramai.
Situasi ini berlaku semasa majlis perkahwinan rakanku. Aku dan beberpa rakanku telah menghadiri majlis tersebut. Apabila sampai, kami sungguh terkejut kerana banyak orang datang untuk memeriahkan majlis tersebut.
Ini adalah beberapa dialog yang diujarkan olehku dan rakan-rakanku.
A: "Ramainyo ore. sege plok aku nak masuk".
B: "Sege gapo nyo. Nikoh saie kito jugak. Mesti la ramai. Mu ni gak".
c: "Tak dok, tak dok. Jom masuk g jupo.
Penggunaan kata ramai oleh A dan B dalam ayat di atas adalah salah kerana kata ramai mempunyai hubungan dengan keadaan ataupun suasana. Penggunaan ramai salah kerana A dan B telah merujuk kepada orang bukannya keadaan ataupun suasana.
Oleh sebab itu, penggunaan perkataan banyak lebih sesuai kerana banyak merujuk kepada hubungan dengan jumlah atau bilangan samada manusia, binatang atau benda.

penggunaan kata yang tidak tepat
Dalam bahasa Melayu ada beberapa kata yang seakan sama ejaanya tetapi berlainan maknanya. Oleh sebab itu dalam kalangan masyarakat ada yang mengagak-agak ketika menggunakan sesuatu kata tanpa merujuk kepada kamus. Hal ini menyebabkan berlakunya kesalahan dalam penggunaan kata yang tidak tepat ini.
Yang berikut adalah kata yang sering digunakan salah dalam sesuatu ayat.
Adakah dan Apakah
Kata adakah digunakan untuk mendapatkan jawapan ya atau tidak manakala kata apakah digunakan untuk mendapatkan jawapan tentang nama binatang, benda, keterangan tentang sesuatu dan menanyakan sesuatu yang tidak khusus. Kesalahan dalam penggunaan kata berlaku apabila kata apakah digunakan pada tempat adakah.
Hal ini dapat dilihat dalam contoh ayat di bawah:-
a) Apakah benar ceritamu itu?
b) Apakah Ali datang semalam?
c) Apakah kamu bermimpi?
Pengunaan apakah dalam ayat di atas salah kerana dalam ayat di atas penyataannya adalah untuk mendapatkan jawapan ya atau tidak. Oleh sebab itu, kata adakah sebenarnya sesuai untuk menanyakan soalah di atas.
Oleh yang demikian, pertanyaan yang betul ialah:-
a) Adakah benar ceritamu inu?
b) Adakah Ali datang semalam?
c) Adakah kamu bermimpi?

Kesalahan penggunaan kata jamak
Situasi ini berlaku semasa saya menjalankan pengajaran Makro di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa. Hari itu merupakan hari ahad. Kami telah pergi awal kerana subjek yang akan saya ajar adalah selepas perhimpunan. Walaupun kami tidak mengikuti secara lansung perhimpunan tersebut, namun kami dapat mendengar dengan jelas apa yang diperkatakan oleh salah seorang guru di sekolah tersebut.
Guru tersebut telah menggunakan kata jamak yang salah apabila beliau menggunakan kata jamak para-para pelajar untuk menrujuk kepada pelajar-pelajarnya. Penggunaan kata jamak para-para salah kerana para merujuk kepada maksud majmuk. Oleh itu ia tidak boleh digandakan.
Penggunaan kata jamak yang sesuai untuk merujuk kepada pelajar yang ramai ialah para pelajar ataupun pelajar-pelajar.

Kesalahan penggunaan kata tanya
Situasi ini berlaku semasa saya dan rakan-rakan telah mengikuti satu program iaitu program Celik Minda. Dalam program tersebut, terdapat pelbagai kaum yang mengikuti program tersebut. Antaranya ialah kaum Melayu, India dan Cina.Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Dalam kumpulan kami ada dua orang pelajar berbangsa Cina. Semasa sesi berkenalan, pelajar Cina telah telah menanyakan nama rakan saya. Namun begitu, dia telah menggunakan kata tanya yang salah.
Hal ini dapat dilihat dalam ayat tanya di bawah:-
"Apa nama awak?"
Penggunaan kata tanya ini salah kerana kata tanya apa hanya digunakan untuk menanyakan nama benda dan binatang.
Jika kita ingin mengetahui nama seseorang, kita mestilah menggunakan kata tanya siapa kerana kata tanya siapa hanya digunakan untuk menanyakan nama orang atau manusia.
Oleh sebab itu, untuk menanyakan nama orang, kita mestilah menggunakan kata tanya siapa.

Kesalahan penggunan kata bilangan-berbagai-bagai
Penggunaan kata bilangan berbagai masih kerap digunakan dalam kalangan masyarakat kita. Hal ini demikan kerana, mereka tidak dapat membezakan antara pelbagai dan berbagai. Jika kita menggunakan berbagai, ia akan dianggap salah kerana yang betul adalah berbagai-bagai.
Kesalahan penggunaan kata bilangan ini dapat dilihat dalam contoh ayat di bawah:-
Sekolah itu telah menjalankan berbagai aktiviti semasa "Minggu Penyayang"
Penggunaan kata bilangan berbagai dalam ayat tersebuat salah dan yang sebetulnya adalah berbagai-bagai ataupun pelbagai.
Oleh sebab itu ayat yang betul ialah:-
Sekolah itu telah menjalankan berbagai-bagai atau pelbagai aktiviti semasa "Minggu Penyayang".

Makna yang sama
Situasi ini berlaku berdekatan dengan mesin ATM di Kolej Harun Aminurrashid. Pada masa itu, aku telah terserempak dengan Rayumi yang sedang menunggu Diana untuk mengambil duit di mesin ATM tersebut.
Ini adalah dialog di antara aku dan Rayumi.
Aku : "nak g mano Yumi? acu try oyak gak..."
Rayumi : "pergi nak hantar borang kolej ni".
Terdapat penggunaan makna yang sama yang telah digunakan bersama-sama dalam satu ayat iaitu acu, try, oyak yang membawa maksud yang sama iaitu cuba dalam bahasa baku. "acu" dan "oyak" merupakan bahasa dialek Kelantan, manakala perkataan "try" merupakan perkataan dari bahasa Inggeris. Selain itu, ayat "pergi nak hantar borang kolej" juga adalah salah. Sepatutnya ialah "nak pergi hantar borang kolej".

Thursday, March 17, 2011
kesalahan penggunaan kata sendi dari-daripada
Penggunaan kata sendi dari dan daripada selalu salah digunakan. Hal ini demikian kerana kita terkeliru dengan penggunaan kedua-dua kata sendi nama tersebuat.
Hal ini dapat dilihat dalam contoh ayat di bawah.
Ayat 1 : Umar telah berpindah daripada sekolah ini bulan lalu.
Ayat 2 : Tilam itu dibuat dari getah asli.
Dalam kedua-dua contoh ayat di atas, penggunaan kata sendi nama dari dan daripada telah salah digunakan. Hal ini demikian kerana, kata sendi nama dari digunakan untuk menyatakan arah, tempat atau waktu manakala penggunaan kata sendi nama daripada pula digunakan untuk menjelaskan manusia, haiwan dan benda.
Berdasarkan contoh pada ayat 1, kesalahan telah berlaku dalam ayat tersebut kerana telah menggunakan kata sendi nama daripada untuk merujuk kepada sekolah. Sepatutnya penggunaan kata sendi nama dari mestilah digunakan untuk merujuk kepada sekolah.
Selain itu, dalam contoh ayat 2 juga telah mengalami kesalahan penggunaan kata sendi nama dari untuk merujuk kepada getah asli. Getah asli merupakan benda. Oleh sebab itu, penggunaan kata sendi nama daripada mestilah digunakan.

Kesalahan penggunaan kata sendi - di
Situasi ini berlaku semasa saya ingin membeli tiket untuk pulang ke Kelantan. Apabila sampai di sana, saya telah terbaca satu notis yang menggunakan kesalahan pada kata sendi nama di.
Hal ini dapat dilihat dalam notis tersebut yang menyatakan bahawa, perhentian bas ini telah ditempatkan semula disebelah gudang 8, 150 meter dari sini.
Dalam ayat tersebut, penggunaan kata sendi nama di telah salah digunakan kerana kata sendi nama di ini tidak dieja terpisah daripada kata yang mengikutinya. . Hal ini demikian kerana kata sendi nama di mestilah ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Selain itu, kata sendi nama di ini digunakan hanya di bahagian hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.
Sepatutnya, pengguaan kata sendi nama di yang betul dalam notis tersebut ialah perhentian bas ini telah ditempatkan semula di sebelah gudang 8, 150 meter dari sini.
Oleh sebeb itu, apabila menggunakan kata sendi nama di, ia mestilah dieja secara terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.

Istilah yang tidak tepat - cumbu
Istilah cumbu yang merujuk kepada cium atau kucup merupakan istilah yang salah. Namun begitu, pada masa kini, ramai orang telah menggunakan istilah cumbu untuk menggantikan istilah cium atau kucup.
Sebenarnya maksud sebenar cumbu adalah pujukan ataupun kata-kata manis yang digunakan sewaktu memujuk, berkasih-kasihan dan sebagainya.
Secara ringkasnya, istilah cumbu bukan bermaksud cium. Ramai orang sering salah menggunakan istilah cumbu dengan menyamakannya dengan istilah cium. Hal ini perlu diatasi dengan segera agar penggunaan istilah yang tidak tepat dalam penggunaan bahasa Melayu dapat di kurangkan.

Istilah yang tidak tepat - bahana
Ada banyak istilah yang tidak tepat telah digunakan dalam media massa seperti dalam berita di televisyen, berita radio, akhbar cetak, dan akhbar atas talian.
Istilah yang tidak tepat ini telah dapat saya kenal pasti di berita radio. Dalam radio tersebut, penyampai berita telah menggunakan perkataan bahana untuk merujuk kepada bala atau bencana alam.
Bahana sebenarnya bukan bermaksud bala atau bencana. Maksud sebenar bahana ialah bunyi kuat.
Oleh sebab itu, istilah bahana tidak sesuai untuk merujuk kepada bala atau bancana alam.

Kesalahan penggunaan kata adjektif dan imbuhan "ter" tambah penguat
Imbuhan "ter" yang mengikuti kata adjektif tidak boleh diikuti dengan kata penguat di belakangnya. Hal ini demikian kerana, jika kata penguat diikuti dibelakang akan dianggap lewah kerana imbuhan "ter" diikuti kata adjektif telah menunjukkan penegasan dalam sesuatu ayat.
Situasi ini telah berlaku semasa adanya aktiviti merentas desa yang telah saya ikuti dalam pasukan Palapes. Aktiviti merentas desa itu bermula dari Kampung Kelawar sehingga ke UPSI. Salah seorang rakan saya telah melakukan kesalahan dalam penggunaan ayat yang mengandungi kata adjektif dan imbuhan "ter" diikuti dengan kata penguat.
Hal ini dapat dilihat dalam ayat di bawah:
"kita mesti mengalahkan Dijah kerana dia merupakan peserta termuda sekali dalam skuad kita. Malu kalau kita kalah". Namun begitu, jika dilihat adat permainan kalah dan menang adalah perkara normal.
Kesalahan ini dapat dilihat dalam ayat di atas, apabila termuda sekali telah digunakan. Sepatutnya, kata penguat sekali tidak boleh digunakan dalam ayat tersebut.
Ayat yang betul adalah peserta termuda.

Kesalahan penggunaan kata ganti diri - mereka
Situasi ini telah berlaku semasa Diskusi Ilmiah : Kelansungan Tatabahasa Dewan Dahulu dan Kini yang telah diadakan di Auditorium UPSI.
Penggunaan kata ganti diri yang salah ini telah digunakan oleh Moderator apabila telah menggunakan kata ganti diri mereka terhadap tokoh bahasa iaitu Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim, Puan Norliza Jamaludin yang merupakan seorang pensyarah dan seorang wakil daripada DBP. Medoretor tersebut telah menggunakan kata ganti diri mereka untuk merujuk kepada ketiga-tiga pembentang tersebut.
Hal ini tidak sesuai kerana, ketiga-tiga pembentang tersebut merupakan orang yang terpelajar dan dihormati. Salah seorang daripadanya merupakan tokoh bahasa. Oleh sebab itu kata ganti diri yang sesuai digunakan adalah beliau. Hal ini demikain kerana kata ganti nama diri beliau mestilah digunakan untuk orang yang kita hormati.

Kesalahan penggunaan kata ganti diri
Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang. Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk haiwan atau binatang dan benda.
Situasi penggunaaan kata ganti diri yang salah telah digunakan kepada binatang iaitu kucing. Hal ini telah berlaku semasa saya dan rakan-rakan dalam perjalanan pergi ke pusat membeli belah di Kota Bharu. Semasa dalam perjalanan, tiba-tiba seekor kucing telah melintas di hadapan kereta yang kami naiki. Rakan saya tidak sempat untuk membrek menyebabkan kami telah terlanggar kucing tersebut. Kami semua terkejut.
Penggunaan kata ganti diri yang salah telah digunakan oleh rakan saya. Hal ini dapat dilihat dalam ayat di bawah apabila rakan saya telah menggunakan kata ganti diri dia kepada kucing tersebut..
"kita dah langgar kucing tu, kesiannya kat dia".
Penggunaan kata gandi diri dia telah digunakan untuk menggantikan nama kepada kucing tersebut. Hal ini tidak sesuai kerana, haiwan atau binatang tidak boleh menggunakan kata ganti diri dia. Kata ganti diri dia hanya boleh digunakan untuk manusia iaitu umtuk menggantikan kata nama orang.

Tuesday, March 15, 2011
Kesalahan Penggunaan Kata Penguat
"paling dan sekali"
Kata penguat juga sering digunakan secara berlebih-lebihan. Hal ini dapat dilihat di akhbar-akhbar, majalah-majalah dan sebagainya. Dalam percakapan pun, kesalahan penggunaan kata penguat sering kali berlaku. Dalam akhbar, saya pernah terjumpa ayat yang menggunakan kata penguat yang hadir secara serentak dalam binaan ayat.
Contoh ayat : Bangunan Berkembar Petronas merupakan bangunan yang tertingi sekali di malaysia.
Penggunaan perkatan tertinggi dan paling tidak sesuai digunakan kerana kedua-duanya merupakan kata penguat. Jika kata penguat dalam hadir secara serentak dalam binaan ayat, ia bukan sahaja menjadi satu kesalahan tatabahasa tetapi juga akan dikelaskan sebagai kelewahan.

Kelewahan Dalam Ayat
Definisi leweh dalam Kamus Dewan sebagai "berlebih-lebihan sehingga tertambah perkara, hal dan sebagainya dan septutnya tidak perlu".
Situasi inu berlaku semasa aku dan rakan-rakanku pergi ke ICT. Apabila sampai ke tempat yang dituju salah seorang rakanku dengan terujanya memaklumkan kepada kami semua dengan menggunakan ayat " kita telah sampai ke destinasi yang dituju tepat jam 11 malam". Aku terus menjawab "leweh la kau ni".
hal ini demikian kerana, dalam ayat tersebut, kata "destinasi" membawa pengertian tempat yang dituju. Oleh sebab itu, frasa "destinasi yang dituju" ternyata tidak tepat dan dianggap leweh.

Monday, March 14, 2011
Kesalahan Penggunaan Kata Pemeri
Situasi ini berlaku semasa saya melihat semula buku-buku latihan saya semasa tingkatan enam dahulu. Dalam buku tersebut banyak penggunaan ayat pemeri telah salah digunakan.
Contoh ayatnya seperti:
1) bungkusan itu ialah untuk anak-anak yatim.
2) peristiwa yang berlaku semalam ialah benar.
Kesalahan penggunaan ayat pemeri di atas adalah ialah.Hal ini demikian kerana, kata pemeri ialah seharusnya digunakan apabila predikatnya terdiri daripada kata nama. Namun begitu, dalam ayat di atas, kata pemeri ialah telah digunakan apabila predikatnya adalah frasa sendi nama. Sebelum penggunaan predikat frasa sendi nama, kata pemeri adalah seharusnya hadir di hadapan kata sendi nama.
Penggunaan ayat yang betul adalah:
1) bungkusan itu adalah untuk anak-anak yatim.
2) peristiwa yang berlaku semalam adalah benar.
Oleh sebab itu, kita mestilah memahami dahulu kata pemeri sebelum menggunakannya dalam ayat supaya tidak lagi berlaku kesalahan.

Subscribe to:
Posts (Atom)