Semasa saya dalam perjalanan ke Kota Bharu, saya telah melalui jalan alternatif untuk ke sana. Saya terpaksa melalui jalan-jalan kampung. Seperti yang diketahui, apabila melalui jalan kampung kita akan dapat melihat ramai penunggang motosikal akan menaiki motosikal dengan tidak memakai helmet. Hal ini secara tidak langsung akan membahayakan diri mereka sendiri. Semasa saya melalui jalan tersebut, saya nyaris terlanggar seorang budak. Budak itu berumur dalam lingkungan 8 tahun. Budak tersebut tidak menyalakan lampu sisi untuk membelok. Tetapi mujurlah pada waktu itu, saya memandu kereta dengan agak perlahan dan saya sempat membrek. Kalau tidak tidak tahu apa yang akan terjadi kepada budak tersebut. Selain itu, budak tersebut juga tidak memakai helmet.
Kita sepatutnya berhati-hatilah di jalan raya. Keselamatan diri semasa di jalan raya amat penting. Jika tersilap langkah nyawa boleh melayang. Sayangilah nyawa anda. Ingatlah orang yang tersayang.
Tuesday, February 15, 2011
Mengantuk membahayakan diri
Situasi ini berlaku semasa saya di kampung iaitu di Kelantan. Hari itu merupakan hari sabtu. Banyak kenderaan berpusu-pusu menuju ke Ibu Kota kerana cuti Tahun Baru Cina telah habis. Pada masa itu, telah berlakunya kesesakan jalan raya. Kenderaan kebanyakannya bergerak dengan perlahan. Pada masa itu, saya dan rakan-rakan telah berada di bahu jalan kerana menunggu seorang rakan lagi untuk pergi ke Machang. Tiba-tiba saya terlihat sebuah kereta tidak bergerak-gerak walaupun kereta hadapannya telah jauh meninggalkannya. Saya telah menyuruh salah seorang rakan saya iaitu lelaki supaya pergi mengetuk cermin kereta tersebuat. Memang betul tanggapan saya dan rakan-rakan bahawa pemandu kereta tersebuat telah tertidur. Yang menggelikan hati saya dan rakan-rakan, kesemua penumpang yang ada di dalam kereta tersebut juga telah tertidur.
Kita mestilah mendapatkan tidur yang secukupnya jika ingin berjalan jauh. Jika terjadi situasi seperti tadi, hal ini secara tidak langsung akan membahayakan diri pemandu itu sendiri dan juga orang lain.
Pandu cermat jiwa selamat.

Bahasa rojak
Situasi ini berlaku di Pekan Tanjong Malim. Pada waktu itu, saya ingin membeli tiket untuk balik ke kampung kerana kami akan bercuti selama seminggu sempena Tahun Baru Cina. Semasa saya berjalan-jalan sebelum ingin membeli tiket ada sekumpulan pelajar sedang bercakap-cakap akan tarikh mereka ingin pulang ke kampung. Dialog mereka lebih kurang seperti ini:
Pelajar 1 : "ueh, ang bila nak balik. Aku lau leh nak balik awal la".
Pelajar 2 :"Don't know lagi la. Aku ada assingment nak kena hantar. Leceh tul".
pelajar 3 : Sama la dengan aku. Wait aku la nk balik gak".
Mereka telah menggunakan bahasa rojak iaitu mencampur adukkan antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Tidak sabar dan kurang sopan
Oleh itu, jelaslah di sini kita mestilah bersabar dan walaupun marah kita janganlah mengeluarkan perkataan yang tidak senonoh dan janganlah tergopoh-gopoh kerana jikalau tergopoh-gopoh ia akan merugikan kita sendiri. Contohnya yang terjadi kepada pelajar yang turun dari bas tersebut.
Budak Punk
Pada 16 januari, saya dan rakan saya pergi ke KL. Di stesen LRT, saya dan rakan sedang membeli tiket untuk ke Bukit Bintang. Semasa saya beratur, di belakang saya ada sekumpulan budak punk lebih kurang dalam 5 orang juga ingin membeli tiket. Mereka sangat bising dan mereka juga bercakap dengan mengeluarkan perkataan yang tidak senonoh seperti bodoh, sial, pukimak, bangang dan sebagainya. Rambut mereka terpacak berstail punk. Saya dan kawan saya takut melihat mereka.
Jelaslah di sini pengaruh budaya barat semakin menular dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Oleh itu, kita mestilah membanteras budaya ini daripada menjadi ikutan ramai remaja sekarang. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)